Peguam Kriminal by Ariff Azami Hussein by Ariff Azami Hussein | 2021

RM35.00
 
 
 

Peguam Kriminal by Ariff Azami Hussein

Author Ariff Azami Hussein
Publication Date 2021
ISBN 9789672007432
Format Softcover
Publisher ILHAM Press

 

Kerap kali status kerjaya Peguam Jenayah menjadi persoalan yang bermain di kepala kita

Adakah mereka ini bersekongkol dengan penjenayah untuk melepaskan diri secara sah melalui proses perundangan? Apakah sistem perundangan kita sebegitu longgar sehinggakan Peguam Jenayah ini boleh melepaskan anak guam mereka yang dituduh dari kesalahan di mahkamah?

Buku Peguam Kriminal merupakan karya pertama Ariff Azami yang terkenal dengan blog Loyar Berjurus ini akan merubah pandangan anda terhadap peguam jenayah yang seringkali dipandang negatif dalam masyarakat.

Menyoroti perjalanan kes dan kisah sebalik tabir seorang peguam jenayah, penulis menghidangkan kepada kita dunia penuh teknakiliti ini dengan bahasa yang ringkas, dan mudah difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.

------ 

Innocent until proven guilty!

"Satu cetusan pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi bersama dengan mansyarakt tentang liku-liku dan tanggungjawab seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah di negara ini."

-Dato’ Setia Salehuddin Bin Sadin, Peguambela dan Peguamcara, Mantan Timbala Pendakwa Raya

Tentang Penulis Peguam Kriminal (Ariff Azami):

Ariff Azami Hussein atau nama penanya, Loyar Berjurus mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana  Muda LL.B (Hons) daripada Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang beramal sebagai peguam kes-kes jenayah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya. Kini, beliau adalah rakan kongsi di firma guaman Tetuan Azizzul & Ariff yang beralamat di Bangi.

 

Find more books like Peguam Kriminal by Ariff Azami: All books

ISBN: 9789672007432
 
 

Latest releases

Get your copy today!
Malaysia's Largest Authorised Premium Reseller