Jurisprudens dan Teori Undang-undang Dalam Konteks Malaysia, Edisi Kedua (E-book)

RM91.99 RM97.20 you save RM5.21
 
 
 

Jurisprudens dan Teori Undang-undang Dalam Konteks Malaysia, Edisi Kedua by Badariah Sahamid

Author Badariah Sahamid
Publication Date Oct 2021
ISBN 9789672919971
Format
Ebook
Publisher Sweet & Maxwell

 

**Please Allow 3 Working Days For Processing

 

CIRI-CIRI KHAS Jurisprudens dan Teori Undang-undang

  • Merangkumi perbincangan teori undang-undang semulajadi, teori imperative Bentham-Austin, positivisme Hart, teori penghakiman Dworkin, teori tulen Kelsen, persoalan moral, realisme, mazhab sejarah, sosiologi, feminisme, serta keadilan
  • Setiap bab mengupas falsafah dan teori tertentu untuk pemahaman komprehensif, dan menyelitkan perbincangan konteks Malaysia
  • Ditulis oleh seorang pakar undang-undang yang berpengalaman dalam bidang akademik dan juga di Badan Kehakiman
  • Menggunakan gaya bahasa yang jelas dan mudah difahami untuk rujukan para pelajar dan pengamal undang-undang serta masyarakat umum

PENAMBAHAN UTAMA DALAM EDISI KEDUA Jurisprudens dan Teori Undang-undang

  • Dua bab baru yang penting untuk meluaskan bidang kajian jurisprudens dan mencerminkan kepentingan bidang berkenaan kini di Malaysia dan juga sejagat, iaitu:
    • Bab 15: Teori-teori Mengenai Hak
    • Bab 16: Jurisprudens Islam
  • Membincangkan isu-isu dan kes-kes terkini yang berkaitan dengan dasar jurisprudens
  • Membincangkan jurisprudens dalam konsep pengasingan kuasa; bidang kuasa mahkamah; budi bicara kehakiman; penguatkuasaan moral; kepentingan adat; kedudukan wanita dan isu diskriminasi; serta hak dan keadilan

Buku ini menyediakan asas jurisprudens dan teori-teori undang-undang, serta hubungkaitan dan kepentingan teori-teori tersebut dalam sistem undang-undang, terutamanya dalam konteks undang-undang Malaysia pada masa kini.

Perbincangan-perbincangan dalam buku ini termasuklah teori undang-undang semulajadi, teori imperatif Bentham dan Austin, positivisme sosiologikal Hart, teori penghakiman Dworkin serta teori tulen Kelsen. Turut diketengahkan adalah perbincangan berkenaan moral, realisme Amerika dan Scandinavia, mazhab sejarah dan sosiologi, falsafah feminisme, serta konsep keadilan. Dalam edisi kedua ini, penulis mengembangkan intipati perbincangan-perbincangan tersebut, serta menambah dua bab penting yang membincangkan secara komprehensif mengenai hak dan jurisprudens Islam. Penulis turut menyelitkan perbincangan kes-kes mahkamah sebagai contoh pemakaian teori-teori berkenaan yang relevan dalam sistem undang-undang negara kita.

Ditulis dalam bahasa kebangsaan, buku ini seharusnya mampu menjadi rujukan utama subjek jurisprudens, bukan sahaja bagi para pelajar dan pengamal undang-undang, tetapi juga segenap masyarakat Malaysia yang berminat mengenali falsafah undang-undang atau jurisprudens.

ISI KANDUNGAN buku Jurisprudens dan Teori Undang-undang

  1. Mengenal Jurisprudens
  2. Teori Undang-undang Semulajadi Klasik
  3. Teori Kebangkitan Semula Undang-undang Semulajadi
  4. Positivisme Klasik: Teori Imperatif Bentham dan Austin
  5. Positivisme Undang-undang Berunsur Sosiologi: HLA Hart
  6. Teori Penghakiman Undang-undang: Ronald Dworkin
  7. Teori Tulen Undang-undang Hans Kelsen
  8. Undang-undang dan Moral
  9. Mazhab Sejarah
  10. Mazhab Sosiologi
  11. Realisme Amerika
  12. Realisme Scandinavia
  13. Teori Undang-undang Feminisme
  14. Teori-teori Keadilan
  15. Teori-teori Mengenai Hak
  16. Jurisprudens Islam

Cari Buku seperti Jurisprudens dan Teori Undang-undang: All books

ISBN: 9789672919971
 
 

Latest releases

Get your copy today!
Malaysia's Largest Authorised Premium Reseller