Prosiding Perceraian Dan Hal-Ehwal Perkahwinan : Prosedur Dan Borang-Borang, 2011

RM158.00
 
 
 

Prosiding Perceraian Dan Hal-Ehwal Perkahwinan : Prosedur Dan Borang-Borang, 2011 by Yin Yook Khai

Author Yin Yook Khai
Publication Date Dec 2011
ISBN 9789675040832
Format
Soft Cover
Publisher Sweet & Maxwell

Prosiding perceraian dan hal-ehwal perkahwinan adalah bersifat ‘procedural’ dan membabitkan proses menderaf dan memfailkan pelbagai pliding dan dokumen-dokumen. Keperluan-keperluan statut yang mengawal selia prosiding-prosiding ini boleh didapati di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan juga di dalam Kaedah-Kaedah Prosiding Perceraian dan Hal-Ehwal Perkahwinan 1980.

Prosiding Perceraian Dan Hal-Ehwal Perkahwinan adalah sumber rujukan yang amat berguna bagi pengamal undang-undang keluarga, pegawai-pegawai mahkamah dan juga penuntut jurusan perundangan. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian, Bahagian Satu—Prosedur dan Bahagian Dua—Contoh Dokumen. Bahagian Satu disusun berdasarkan topik menerusi 12 bab berkenaan prosedur yang digunapakai dalam prosiding perceraian dan perkahwinan. Rujukan jelas dibuat kepada sumber undang-undang untuk memudahkan penggunaannya. Carta-carta digunakan dalam setiap bab yang menerapkan secara konteksnya pelbagai konsep yang berkaitan dengan setiap topik.

Bahagian Dua Prosiding Perceraian Dan Hal-Ehwal Perkahwinan pula mengandungi lebih daripada 160 contoh dokumen-dokumen yang kebiasaanya diperlukan dalam prosiding-prosiding perceraian dan perkahwinan. Dokumen-dokumen ini termasuklah petisyen, permohonan, jawapan, balasan, notis, dekri, sijil dan perintah. Deraf contoh dokumen-dokumen ini meliputi pelbagai senario fakta dan memberikan panduan ketika menderaf. Di mana-mana borang-borang statut telah diperuntukkan, deraf contoh ini menunjukkan bagaimana borang-borang ini harus diisi untuk kegunaan secara praktikal.

Jadual contoh dokumen yang komprehensif yang disusun mengikut urutan abjad membantu pengguna untuk mencari contoh-contoh yang relevan dan juga memudahkan navigasi melalui keseluruhan buku ini. Glosari Bahasa Malaysia–Bahasa Inggeris adalah disediakan untuk rujukan segera.

Buku ini tentunya merupakan suatu kompilasi rujukan yang berharga bagi para pengamal undang-undang, pegawai mahkamah dan juga penuntut jurusan perundangan.

Readership: Family law practitioners, para legals and academicians

Jurisdiction: Malaysia

 

Find similars books to  Prosiding Perceraian Dan Hal-Ehwal Perkahwinan: FAMILY LAW

ISBN: 9789675040832
 
 

Latest releases

Get your copy today!
Malaysia's Largest Authorised Premium Reseller